Tempatan
Taman Eko Rimba Sungai Tekala Ditutup Sementara Susulan Kencing Tikus
SHAH ALAM, 26 Ogos 2024 – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memaklumkan notis penutupan sementara Taman Eko Rimba Sungai Tekala kepada semua pengunjung.
Menurut notis yang dikeluarkan, arahan berkenaan dikeluarkan Pengarahnya, Azhar Ahmad.
Lokasi berkenaan ditutup bermula 26 Ogos 2024 sehingga 30 Ogos 2024 kerana dikesan positif Leptospirosis (Kencing Tikus).
“Taman Eko Rimba Sungai Tekala akan ditutup sementara kepada semua pengunjung bermula 26 Ogos 2024 sehingga 30 Ogos 2024 kerana dikesan positif Leptospirosis (Kencing Tikus),” memetik notis tersebut.