Tempatan

Kartel ‘Kawal’ Harga Telur & Ayam, B60 Bakal Terkesan Teruk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2023 – Ekoran penguasaan kartel terhadap harga ayam dan telur ayam, bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempersoalkan bagaimana Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (MAFS) ingin memastikan agar harga dua barangan ini mampu dimiliki golongan B60.

Soalnya, “Memandangkan lapan firma mengawal 65% pengeluaran, bagaimanakah Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (MAFS) memastikan harga ayam dan telur kekal mampu milik kepada B60 di samping memenuhi keperluan sara diri?”

BACA JUGA: Indonesia Tumpas ‘Ejen Bigboss’ Dalang Sindiket Seludup Rohingya Ke Malaysia

“Memandangkan penguasaan ini membimbangkan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) harus mengeluarkan dapatannya mengenai aktiviti kartel dalam industri sebelum apungan itu diperkenalkan, terutamanya apabila dapatan laporan ditangguhkan terlalu lama sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata sedemikian selepas Kerajaan merancang untuk mengapungkan harga ayam dan telur selepas Jun tahun ini.

BACA JUGA: Selsema Babi: MAQIS Patah Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku

Bagaimanapun, Charles menggesa Kerajaan bersikap telus dalam rancangan pengapungan harga barangan itu. Menurutnya, MAFS perlu membuat analisis kos-manfaatnya secara umum sebagai justifikasi bahawa sistem apungan harga adalah alternatif terbaik untuk Malaysia sekali gus menjelaskan bagaimana sistem ini berfungsi.

BACA JUGA: Tentera Rejim Haram Aparteid Israel Serang Tebing Barat, 11 Syahid

Selain itu, Kerajaan juga harus memastikan bahawa sistem apungan berkenaan melindungi kepentingan petani bebas dan kontrak, di mana dua golongan ini terjejas buat masa ini.

Ujarnya, “Kami mengalu-alukan idea Mohamad Sabu untuk penanaman bijirin dan jagung, yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan kerana 75% daripada kos pengeluaran ayam adalah makanan.”

“Tetapi kementerian juga perlu meneroka alternatif lain seperti PKC atau black soldier larvae sebagai sumber makanan alternatif untuk mengurangkan kos pengeluaran,” tambahnya.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen itu berkata bahawa kekurangan ayam dan telur serta harga yang tidak menentu telah menyusahkan orang ramai yang turut dibebani kehilangan pekerjaan dan pendapatan, terutamanya berikutan pandemik COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: