Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: Ribuan Tentera Pakistan & Polis 13 Negara Bantu Jaga Keselamatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 20 November 2022 – Pakistan telah menghantar ribuan daripada tentera negaranya bagi membantu menyediakan perkhidmatan menjaga keselamatan pada Piala Dunia FIFA di Qatar yang akan mula berlangsung pada Ahad ini.

Qatar yang merupakan tuan rumah bagi pertandingan bola sepak terbesar dunia itu dijangkakan akan menerima seramai 1.2 juta peminat bola sepak yang datang ke negara itu bagi menyaksikan siri perlawanan.

Pasukan polis serta syarikat-syarikat keselamatan dari 13 negara termasuklah Perancis, Jordan, Turki, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) turut bersama membantu Qatar bagi memastikan keselamatan terjaga sepanjang pertandingan.

Namun Pakistan merupakan satu-satunya negara yang menghantar pihak tentera mereka ke Doha, dengan lebih 4,500 anggota yang dihantar bermula daripada Oktober lalu.

Turki merupakan negara kedua, setelah Pakistan yang menghantar staff keselamatan ke pertandingan tersebut, di mana sekitar 3,000 anggota polis rusuhan yang akan berada sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Menurut Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu, pihak mereka turut melatih anggota keselamatan Qatar bagi tujuan keselamatan sepanjang pertandingan berprestij itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: