Antarabangsa

Turkiye Sekali Lagi Dilanda Gempa Bumi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MALATYA, 28 Februari 2023 – Bumi Turkiye sekali lagi dilanda gempa bumi mengakibatkan seorang maut manakala 110 orang lagi cedera.

Lapor media antarabangsa, gempa bumi pada Isnin bermagnitud 5.6 itu berlaku di Yesilyurt, wilayah Malatya.

Menurut Yunus Sezer, Pengerusi AFAD, agensi pengurusan bencana Turkiye, 29 bangunan yang sebelum ini rosak akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu telah runtuh.

BACA JUGA: Cetak 2 Juta Quran ‘Berbaloi’, Dakwah Kepada Pengkritik Islam

BACA JUGA: PM Minta Beri Masa Untuk Naikkan Gaji Penjawat Awam

BACA JUGA: Memperingati Tragedi Penyembelihan Muslim Gujarat Oleh Ekstremis Hindutva

Orhan Tatar, Pengarah gempa bumi dan pengurangan risiko AFAD pula berkata, terdapat empat gempa bumi baharu di rantau ini dalam tempoh tiga minggu lalu, dan 45 gegaran susulan dengan magnitud antara lima dan enam.

“Ini adalah aktiviti yang sangat luar biasa,” ujarnya.

Dalam laporan berbeza, hampir 200 kontraktor ditahan atas dakwaan melakukan kerja pembinaan bangunan tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan kerajaan Turkiye sehingga puluhan ribu bangunan ranap selepas gempa bumi dahsyat awal bulan ini.

Manakala pihak berkuasa Turkiye menahan seorang Datuk Bandar daerah Nurdagi di wilayah Gaziantep bagi membantu siasatan terhadap bangunan runtuh di kawasan yang dilanda gempa bumi di negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: