Antarabangsa

Harga Minyak Melonjak Naik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 04 April 2023 – Harga minyak melonjak naik lebih dari enam peratus selepas pengeluar OPEC berjanji untuk mengurangkan pengeluaran secara kolektif sebanyak 1.16 juta tong minyak mentah sehari pada Ahad.

Menurut laporan, lonjakan itu berlaku selepas ahli OPEC Arab Saudi, UAE, Iraq, Kuwait, Oman dan Algeria membuat pengumuman mengejut pada hari Ahad bahawa mereka akan melaksanakan pemotongan pengeluaran minyak secara sukarela dari Mei hingga akhir tahun sebagai langkah berjaga-jaga yang bertujuan dalam menyokong kestabilan pasaran minyak.

BACA JUGA: KWSP Bersasar: MP Tuntut Perbahasan Diadakan

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari 30 Ramadan Ini

BACA JUGA: Laluan Utama Jalan Terengganu-Kuantan Ditutup Mulai Esok

Langkah yang dilaksanakan keenam-enam negara itu menandakan pengurangan terbesar dalam pengeluaran sejak kartel OPEC+ mengurangkan dua juta tong sehari pada Oktober.

Tambah media, pengurangan itu berlaku di atas keputusan Rusia untuk melanjutkan pemotongan sebanyak 500,000 tong sehari, meskipun Amerika Syarikat (AS) menggesa untuk meningkatkan pengeluaran.

Pengumuman itu dikatakan akan menimbulkan kebimbangan baru tentang inflasi dan memberi lebih banyak tekanan kepada bank pusat untuk menaikkan lagi kadar faedah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: