PRU-15

Saya Yakin Kita Akan Dapat Mandat Rakyat Malaysia! – Anthony Loke

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2022 – “Tuan-tuan dan Puan-puan, kita jangan putus asa. Kita jangan bimbang, kalau kita bersama-sama, kita dengan keyakinan kita, kita bersatu padu, rakan-rakan komponen dalam Pakatan Harapan, kita masuk gelanggang sebagai satu pasukan! Saya percaya dan saya yakin kita akan mendapat mandat daripada rakyat Malaysia!”

Setiausaha Agung Democratic Action Party (DAP), Anthony Loke mengeluarkan kenyataan sedemikian melalui satu hantaran video di Facebook dengan penuh yakin bahawa parti tersebut akan mendapat kuasa mentadbir daripada rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sebelum ini, kenyataan Anthony mengenai keputusan DAP Perak yang akan menyasarkan lebih banyak lagi bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan kekuatan ahli seramai 300 orang Melayu turut dilaporkan Samudera.my.

Beliau turut memaklumkan dalam laporan sama, parti tersebut akan bertanding di lebih banyak lagi kawasan majoriti Melayu.

“Perkara ini kita telah rundingkan, memang ada pertambahan kerusi untuk DAP di negeri ini cuma kerusi mana dan jumlahnya, itu kita biarkan dahulu untuk diumumkan secara bersama, kita tidak mahu membuat pengumuman secara persendirian.”

“Keseluruhannya di Perak ada 24 kerusi Parlimen, 24 kerusi ini ada potensi kita boleh menang. Penyandangnya yang terdiri daripada Ahli Parlimen PH ada 13 kerusi yang kita menang pada PRU 14, termasuk Parlimen Tambun,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: