Antarabangsa

Arab Saudi & China Meterai Kerjasama Strategik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

ARAB SAUDI, 11 Disember 2022 – Presiden China, Xi Jinping dan Raja Arab Saudi, Raja Salman telah menandatangani beberapa siri kerjasama strategik termasuklah sebuah kerjasama yang melibatkan syarikat teknologi gergasi China, Huawei.

Sesi tandatangan tersebut telah berlangsung sebagai salah satu episod daripada keseluruhan lawatan Xi ke Arab Saudi dan ianya dijangkakan akan mengukuhkan lagi ikatan politik serta ekonomi bagi kedua-dua negara terbabit.

Lawatan Xi selama tiga hari ke Arab Saudi termasuklah penyertaannya di dalam sidang Arab berserta sidang Teluk.

Lawatan Presiden China itu diperhatikan dengan teliti oleh Amerika Syarikat (AS) berikutan hubungan AS dengan Arab Saudi kini tidak seperti sebelumnya.

Pada Khamis lalu, Xi dan Raja Salman telah menandatangani “perjanjian kerjasama strategik menyeluruh” setelah Xi diiring ke Istana Yamamah oleh Pengawal Diraja Saudi yang membawa bendera kedua-dua Arab Saudi dan China sambil menunggang kuda.

Ketibaan Xi di istana tersebut telah disambut oleh Putera Mahkota, Muhammad bin Salman bagi pihak bapanya, Raja Salman.

Perjanjian dua negara yang melibatkan Huawei Technologies itu adalah berkaitan dengan ‘cloud computing’, pusat-pusat data serta pembinaan kompleks-kompleks berteknologi tinggi di bandar-bandar di Arab Saudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: