Tempatan

Hentikan Dana Melampau Kerajaan Kepada Sekolah Swasta Vernakular – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2023 – “Hentikan dana melampau kepada sekolah swasta vernakular,” demikian kenyataan tegas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari.

Dalam hantaran di Facebooknya, beliau turut menyeru Kerajaan menarik kembali kesemua kemudahan yang telah diberikan kepada sekolah swasta tersebut, di mana ia sebenarnya adalah hak dan peruntukan buat sekolah-sekolah Kerajaan, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

BACA JUGA: Kumpulan B40, M40 Paling Banyak Keluarkan KWSP

Cikgu Izzat Johari juga menyenaraikan beberapa penambahbaikan ketika menyentuh isu pendidikan ini, di mana beliau mahu Kerajaan memurnikan atau melaksanakan kembali pentaksiran atau peperiksaan Darjah 6 dan Tingkatan 3 yang telah dihapuskan sebelum ini.

BACA JUGA: 50 Ribu Pelajar SPM Gagal Bahasa Melayu & Sejarah

Seterusnya, Kerajaan juga perlu menaik taraf semua kemudahan asas sekolah dengan kelengkapan ICT yang cukup untuk guru mengajar serta menyediakan Pembantu Guru yang cukup atau nisbah murid dan guru dirombak semula kepada 1:25 sahaja, cadang beliau.

BACA JUGA: Bahasa Kebangsaan Itu Bahasa Rakyat Malaysia

Ketika mengulas berkenaan pendidikan di Malaysia ini, Cikgu Izzat Johari juga meminta Kerajaan meluluskan beberapa perkara lain seperti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dan subsidi bersasar kepada rakyat Malaysia sahaja.

Selain itu, beliau juga mahu Kerajaan membela nasib sekolah-sekolah agama dan tahfiz di Malaysia dengan menaikkan bantuan dana kepada institusi terbabit selain memberikan juga bantuan modal RM1000 kepada penjaja dan peniaga kecil.

Tidak ketinggalan, beliau yang mesra disapa CIJ juga turut menyentuh isu elaun minimum guru KAFA sebanyak RM1,500 yang masih belum menemui titik noktah yang terbaik.

CIJ sebelum ini beberapa kali menggesa Kerajaan menyemak kembali elaun guru KAFA dengan harapan agar ianya dapat diputuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, yang menjadi menteri keempat yang dikemukan isu ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: