Tempatan

Krisis Makanan Eropah: Malaysia Juga Perlu Waspada

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Seorang pensyarah memberi amaran supaya Malaysia berwaspada dengan risiko krisis makanan seperti yang dihadapi rakyat di Eropah sekiranya berlaku perubahan harga petroleum global akibat kemelut berterusan yang melanda Ukraine dan Rusia.

“Dengan kemelesetan Ringgit Malaysia yang dihadapi sekarang, harga komoditi import makanan yang tinggi akan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran makanan. Ini sekali gus akan mengakibatkan inflasi makanan dan akan memberi kesan yang buruk terhadap golongan berpendapatan rendah di Malaysia,” kata Pensyarah Kanan, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (PASUM), Nur Ameera A Jaz kepada sebuah portal tempatan.

BACA JUGA: Rundingan Bukan Jalan Penyelesaian Kes Pertikaian Penjagaan Lain Agama – NGO Bukan Islam

BACA JUGA: Dakwaan Tuntutan Pewaris Sulu Ancam Keselamatan Negara, Polis Buka Siasatan

BACA JUGA: JAGA-JAGA, Malaysia Dijangka Dilanda Jerebu Teruk Bermula Jun

Ujarnya lagi, peningkatan perubahan harga petroleum global berpotensi mengganggu bekalan makanan dalam negara dan meningkatkan risiko keterjaminan makanan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, kata Nur Ameera, buat masa ini, Malaysia tidak perlu berasa bimbang kerana harga komoditi di pasaran adalah masih di tahap terkawal.

Dalam laporan berlainan, sebuah portal tempatan melaporkan, Kerajaan bercadang meneroka tanaman padi air masin dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan ruji itu di negara ini.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, perbincangan awal sudah dibuat bersama pakar berkaitan di China bagi mendapatkan pandangan dan penggunaan teknologi bersesuaian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: