Tempatan

Tak Ada Pendaftaran Kerana Bapa Meninggal, Netizen Desak Bebaskan Hassan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 10 Ogos 2022 – Pengguna media sosial melancarkan kempen bagi mendesak pihak imigresen untuk membebaskan Mohd Hassan bin Albat, seorang pemuda yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pendaftaran.

Menurut sebuah hantaran di laman media sosial, pengguna menyatakan bahawa pemuda ini berserta adiknya tidak mempunyai sebarang dokumen pendaftaran kerana masalah yang timbul apabila bapa mereka meninggal dunia pada tahun 2017.

Mereka dikatakan tidak dapat bersekolah semenjak bapa mereka meninggal dunia dan perlu bekerja bagi menampung kehidupan, sebelum ditahan pihak berkuasa.

Sudah terjatuh ditimpa pula tangga, Mohd Raman, adik kepada Mohd Hassan telah meninggal dunia ketika dalam tahanan, di mana menurut pengguna media sosial, Mohd Raman meninggal dunia setelah mengadu rasa sakit di dada.

“Ibunya memerlukan bantuan kita untuk melihat anaknya pulang ke rumah tidak seperti jenazah adiknya, Raman.”

“Hassan perlukan bantuan, cukuplah seorang yang terkorban,” menurut hantaran tersebut.

Leave a Reply

Back to top button