Tempatan

Tak Ada Booster, Tak Boleh Solat Jumaat Di Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 25 Februari 2022 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh Selangor.

BACA: Syarikat Swasta Berhak Halang Pekerja Solat Kerana Kelompongan Perlembagaan

BACA: Solat Jumaat Dalam Ribut Salji Di Moscow

BACA: Gantikan Solat Jumaat Dengan Zohor Di Rumah – MUI

Ketetapan yang berkuat kuasa pada hari ini merupakan ketetapan terkini yang diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid, surau dan musolla di negeri itu.

Menurut Berita Harian, ketetapan surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan JAIS bertarikh 20 Januari lalu.

Susulan perkembangan terkini penularan COVID-19 dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla semasa dan selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, baginda berkenan agar pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan.

“Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.”

“Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.”

“Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia kala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk, selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera,” menurut edaran itu.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin mendesak semua rakyat terutama penerima Sinovac dan individu yang berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac 2022.

Jika gagal, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

Individu terbabit juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: