Tempatan

Langgar & Seret Sampai Mati, Dua Suspek Diburu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 17 Februari 2023 – Dua suspek berbangsa India diburu selepas terlibat dalam kes langgar lari seorang lelaki di kawasan Ambang Botanic, Bukit Tinggi, Klang, Ahad lalu.

Portal tempatan melaporkan, dua suspek yang diburu polis itu ialah Sundar a/l Sivan, 33, dan Philip Anthony a/l Santhanasamy, 24.

BACA JUGA: Guna Logo Halal Haram, Kilang Bungkus Kopi & Teh Diserbu

BACA JUGA: ‘Parti Liar’ Genting Highlands Diserbu, 28 Ditahan

BACA JUGA: Mesej Tular Taktik Samun Terbaru Penyamun Tidak Benar

Tambah portal, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong menyatakan, pihaknya menerima laporan lelaki warga tempatan dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai dilanggar kenderaan di Ambang Botanic.

Lelaki berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pegawai perubatan.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami luka di belakang kepala yang menyebabkan pendarahan teruk, luka lengan kiri, ibu jari tangan kanan dan patah tulang rusuk kiri.”

Hasil bedah siasat pula mendapati punca kematian adalah ‘severe chest and selvic injuries due to stuck by moving vehicle’.

Kata Asisten Komisioner Cha Hoong Fong lagi, “Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku jam 6 pagi pada Ahad lalu.”

“Mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta jenis BMW yang dipandu oleh lelaki warga tempatan secara sengaja dan bertindak menyeret kira-kira 40 meter sebelum melarikan diri.”

“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua pihak di sebuah kafe di kawasan Bandar Botanik Klang sebelum suspek bertindak melanggar mangsa di tempat kejadian.”

Ujarnya, pemeriksaan di tempat kejadian yang dijalankan oleh Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.

Susulan itu Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis sudah mengenal pasti dua suspek dan dijadikan sebagai ‘wanted person’.”

“Orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali suspek diminta untuk menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Syed Robart Syed Mohd Zain,” tegas Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: