Taiwan Dakwa Kesan Kapal Laut Perang Rusia Berhampiran Pantai
TAIWAN, 02 Julai 2023 – Kapal-kapal serta pesawat-pesawat perang Taiwan telah dikerahkan untuk memerhati pergerakan dua buah kapal perang Rusia yang telah dikenal pasti belayar di sekitar pantai timur Taiwan pada Selasa lalu sebagaimana dakwaan Kementerian Pertahanan Taiwan.
Dalam kenyataan yang sama, kementerian yang sama turut memaklumkan bahawa mereka turut mengaktifkan sistem peluru berpandu darat mereka.
BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing
BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM
BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN
Pada kenyataan Kementerian Pertahanan Taiwan itu, terdapat dakwaan bahawa dua kapal perang Rusia yang sedang belayar dari kawasan selatan ke utara perairan di luar pesisir timur Taiwan pada jam 11 malam waktu tempatan.
Ketegangan di sekitar Taiwan kekal meningkat, di mana Taipei telah melaporkan bahawa pihak mereka melihat kapal-kapal China serta beberapa pesawat di sekitar pulau tersebut setiap hari.
Manakala Armada Laut Rusia pula mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu bahawa dua buah kapal mereka, Gromkiy dan Sovershenny telah memasuki bahagian selatan lautan Filipina bagi melaksanakan tugas laluan lautan jarak jauh mereka.
Dalam kenyataan yang sama, Armada Laut Rusia turut menyatakan bahawa kedua kapal tersebut telah tiba di kawasan itu setelah berjaya melalui Laut China Selatan.
Pihak tentera laut Rusia turut menyatakan bahawa di sepanjang laluan tersebut, kapal-kapal itu sering menjalankan latihan termasuklah simulasi pertempuran laut untuk menghalang serangan peluru berpandu daripada laut.