Tempatan

Taikun John Soh Dihukum Penjara 36 Tahun Di Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2022 – Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen dijatuhi hukuman penjara 36 tahun di Singapura atas kesalahan terlibat dalam kes manipulasi pasaran saham terbesar republik itu.

Soh, 62, disabitkan dengan 180 pertuduhan selepas perbicaraan kes berlangsung selama hampir 200 hari serta membabitkan kira-kira 100 saksi pendakwaan.

Rakan komplotnya, Quah Su-Ling, 57, turut dipenjara selama 20 tahun setelah disabitkan 169 pertuduhan.

Quah adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif IPCO International yang tersenarai di Bursa Saham Singapura (SGX).

Kedua-duanya didapati memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp – secara kolektif dikenali sebagai BAL – antara Ogos 2012 dan Oktober 2013, dan melenyapkan hampir SGD8 bilion (RM27 bilion) dalam permodalan pasaran pada akhir kegiatan mereka.

Mereka didakwa mempunyai kawalan, memperoleh pembiayaan untuk menjalankan aktiviti perdagangan tidak sah dan menyelaraskan penggunaan 189 akaun dagangan sekuriti mereka.

Akaun berkenaan didaftarkan atas nama 60 individu dan syarikat.

Skim itu terbongkar pada 4 Oktober 2013 apabila harga saham ketiga-tiga syarikat jatuh sehingga mengakibatkan kerugian S$8 bilion permodalan pasaran daripada SGX.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon penjara 40 tahun untuk Soh dan penjara 19 tahun setengah untuk Quah.

Namun, hakim Hoo Sheau Peng mengurangkan hukuman Soh untuk memastikan bahawa hukuman itu tidak ‘menghancurkan’ untuk lelaki berusia 62 tahun itu.

Penjara 36 tahun itu termasuk tempoh reman sejak 25 November 2016.

Sementara itu, hukuman Quah adalah dua pertiga daripada Soh, memandangkan dia kurang bersalah dan kurang terlibat dalam skim itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: