Antarabangsa

Taikun Hartanah Dibenarkan Tukar Sebahagian Bangunan Ikonik London Menjadi Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 20 Julai 2023 – Taikun hartanah Malawi, Asif Aziz mendapat kebenaran untuk menukar sebahagian bangunan ikonik London menjadi masjid dan pusat Islam.

Media antarabangsa melaporkan, jutawan berusia 56 tahun itu membeli mercu terkenal, Trocadero London dengan harga lebih RM1.3 bilion ($287.7 juta) pada 2005.

Pada awalnya, Asif merancang untuk mengubah bangunan itu menjadi masjid pada tahun 2020 namun terpaksa membatalkan rancangan tersebut selepas menerima aduan daripada kumpulan sayap kanan dan beberapa penduduk.

BACA JUGA: Jabatan Bomba Bakal Wujudkan 5 Pangkalan Udara Baru

BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat

BACA JUGA: Kerajaan Iraq Musnahkan Menara Masjid Berusia 300 Tahun Demi Jalan

Tetapi pada Mei 2023, beliau berjaya mendapat kebenaran untuk membina masjid dengan kapasiti-390, yang akan dinamakan ‘Piccadilly Prayer Space’.

Mengulas lanjut, jutawan itu turut memaklumkan, masjid berkenaan dijangka dirasmikan dalam masa beberapa bulan lagi sekali gus berharap agar ia memberi perkhidmatan kepada pelancong dan umat Islam yang bekerja sekitar kawasan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: