Tempatan

Kelab Malam Kembali Beroperasi 15 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 April 2022 – Kelab malam akan kembali beroperasi 15 Mei ini berikutan ia tersenarai dalam ‘senarai negatif’ COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan.

“Larangan aktiviti yang disenaraikan dalam Majlis Keselamatan Negara yang diterbitkan pada 1 April 2022 akan ditarik balik pada 15 Mei 2022,” ujar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, satu set protokol keselamatan baharu sedang dirangka bagi memastikan keselamatan pengunjung ke premis tersebut.

“Agensi berkaitan sedang menyediakan protokol baharu untuk operasi premis ini,” katanya sewaktu pengumuman khas mengenai kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 semalam.

Khairy memberikan bayangan bahawa kelab malam akan kembali beroperasi selepas 15 Mei sewaktu ditanya mengenai kesahihannya ketika sidang media itu.

“Itu satu-satunya institusi yang masih dalam senarai negatif. Jadi, ‘faham-faham lah’ (do the math),” ujarnya.

Sehingga hari ini, kelab malam merupakan satu-satunya aktiviti yang kekal dalam senarai negatif Kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau turut memberitahu pemberita bahawa pihak KKM telah melakukan sesi penglibatan dengan pihak berkepentingan bagi industri berkaitan berkenaan SOP dan satu cadangan telah dikemukakan kepada pihak MKN untuk dimuktamadkan.

Sebelum ini, pemilik kelab malam pernah menghubungi Khairy memohon untuk pengoperasian semula serta membincangkan mengenai langkah bagi pembukaan semula kelab malam dengan selamat.

Terdahulu, pihak industri hiburan pernah menyuarakan kegusaran mereka berikutan penutupan kelab malam boleh menyebabkan pelancong lari dan tidak melancong di Malaysia.

Khairy pernah menegaskan sebelum ini bahawa tiada kelab malam yang dibenarkan beroperasi atau menjalankan aktiviti biarpun negara telah memasuki fasa endemik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: