NGO

TAHNIAH DAN SELAMAT BERKHIDMAT PM Ke-9, YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB – GPMS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

GPMS merakamkan jutaan tahniah buat YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah melantik beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.

GPMS yakin dan percaya YAB Dato’ Sri Ismail Sabri akan dapat memimpin Malaysia dengan baik dan jayanya berbekalkan keikhlasan dan iltizam juga pengalaman panjang berkhidmat kepada negara.

GPMS berharap agar beliau dapat menerajui negara ke arah kestabilan politik dan menumpukan segenap usaha membawa keluar negara daripada pandemik COVID19 yang membelenggu seterusnya memulihkan ekonomi dan membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

Sebagai sebuah persatuan pendidikan Bangsa Melayu, GPMS bersedia mengembleng seluruh tenaga dalam menyokong usaha YAB Dato’ Sri Ismail Sabri memimpin negara tercinta amnya dan mengangkat martabat pendidikan Bangsa Melayu khasnya.

Akhir kata, GPMS berdoa agar negara Malaysia tanah bertuah aman dan makmur di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri.

‘Belajar Terus Belajar’

Salam Hormat,

Mohd Alif Anas Haji Md Noor
Presiden
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: