Antarabangsa

Tahanan Israel Puji Layanan Berperikemanusiaan Pejuang Al-Qassam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 28 November 2023 – Bekas tahanan Israel, Daniel Aloni memuji layanan baik dan berperikemanusiaan pejuang al-Qassam terhadap anaknya sepanjang mereka berada di Gaza.

Menerusi sepucuk surat yang ditulis semasa dalam tahanan, Daniel menyatakan ucapan terima kasih kepada pejuang al-Qassam yang mengiringi dan menjaga anak perempuannya, Emilia berusia enam tahun ketika dalam tahanan.

Ujarnya, “Kalian seperti ibu bapa untuknya, membenarkan dia masuk ke bilik kalian pada bila-bila masa dia mahu. Emilia mengakui bahawa dia merasakan kalian semua adalah kawannya. Bukan hanya sekadar kawan, malah orang yang benar-benar dikasihi dan dilayani dengan sangat baik.”

“Terima kasih, terima kasih, terima kasih atas kesudian kalian menghabiskan banyak masa sebagai penjaganya. Terima kasih kerana bersabar dengannya dan memberinya banyak manisan, buah-buahan dan segala-galanya yang ada walaupun kalian tidak memilikinya.”

Wanita itu juga kagum dengan layanan yang diberikan sekali gus berkata bahawa anaknya berasa seperti seorang puteri di Gaza.

“Secara umum, dia berkata perasaan itu bagaikan dialah segala-galanya. Sepanjang tempoh yang panjang ini, dia tidak pernah bertemu dengan sesiapa yang dari pangkat rendah sehingga ke pimpinan tertinggi yang tidak melayannya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan cinta.”

Sehubungan itu, Daniel turut rasa terhutang budi dan bersyukur kerana tidak terperangkap dengan trauma psikologi seumur hidup. Beliau akan mengenang budi pejuang al-Qassam walaupun berhadapan situasi sangat sukar.

Memetik petikan akhir surat, Daniel mendoakan pejuang al-Qassam, “Semoga dikurniakan kesihatan dan kasih sayang kepada kalian dan anak-anak keluarga kalian. Terima kasih banyak-banyak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: