Tempatan

Solusi Harga Ayam: Teori Yang Salah Hasilkan Penyelesaian Ekonomi Yang Salah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pengumuman terbaru, kata kenaikan kos barang, dan inflasi berpunca daripada pengguna yang membeli barang. Pendek kata, dia menyalahkan rakyat yang beli keperluan asas seperti telur, ayam dan lain lain.

Dia kemudian mengeluarkan satu teori. Teori ini ada dalam buku teks mikroekonomi sekolah. Menteri Ekonomi mengeluarkan Teori “Supply Demand” (Penawaran Permintaan). Menurut teori buku teks ini, kalau permintaan naik, penawaran tak berubah, menyebabkan harga barang naik. Menurut kesimpulan Menteri Ekonomi, oleh sebab rakyat beli barang, harga barang naik. Justeru itu, punca inflasi, punca kenaikan kos sara hidup adalah rakyat!

Kemudian, Menteri Ekonomi memetik satu lagi teori buku teks, iaitu “Inelasticity of demand” atau “Ketidakanjalan permintaan”. Menurut teori ini, permintaan terhadap sesuatu barang itu adalah tidak anjal (inelastic) kalau berapa tinggi harga barang itu naik, orang tetap beli.

Menurut Rafizi, rakyat kena memainkan peranan untuk turunkan harga. Dia tak cakap rakyat kena buat apa tetapi seolah-olah dia suruh rakyat kurangkan beli barang, kurangkan beli telur, ayam.

Mula-mula kita ingat dia nak cakap pasal kenaikan harga barang asas seperti telur dan ayam, tiba-tiba dia melompat, tukar tajuk, yang punca inflasi naik adalah kerana harga makanan yang dimasak. Dia menyalahkan tabiat makan di luar di kalangan rakyat. Maknanya, kalau kita bekerja, masa makan tengah hari, jangan makan di kedai makan. Tapi kalau tak makan luar, rakyat nak makan macam mana…itu Menteri Ekonomi tak jawab.

Kemudian, Menteri Ekonomi kata “perlu ada lebih banyak Persaingan”. Dia tak cakap pula apa yang kena tambah pesaing. Sebab kalau kedai makan, kita tengok melambak kedai makan. Tapi kalau dia maksudkan persaingan dalam pengeluaran telur ayam, itu betul sebab pasaran didominasi oleh beberapa kartel besar. Tapi oleh sebab Menteri Ekonomi tak berani sebut dalam pengumuman, maka mungkin dia bermaksud kedai makan kena ada lebih banyak persaingan.

Saya cuma nak berkongsi ilmu. Teori buku teks yang Rafizi petik itu sebenarnya adalah salah satu mazhab dalam mikroekonomi iaitu dikenali sebagai marginalism atau Marshallian atau Neoclassical. Teori ini dicipta secara rasmi pada pertengahan 1800 dan banyak digunapakai pada hujung 1800. Menurut pelopor teori itu, Alfred Marshal, teori “demand supply” hanya boleh digunakan dengan syarat wujudnya “Persaingan sempurna”. Ada banyak rukun sebelum keadaan sebegitu wujud. Misalnya, sesiapa saja boleh masuk untuk membekalkan barang itu. Maknanya, kalau harga telur ayam nak ditentukan melalui teori “supply demand”, semua orang mesti dibolehkan hasilkan telur ayam. Bukan dikawal oleh beberapa kartel saja. Kewujudan kartel saja membatalkan persaingan dan teori harga pasaran mengikut penawaran pembekalan tak terpakai.

Apabila Menteri Ekonomi kata perlu ditambah persaingan supaya harga turun, ia menyalahi teori asal Marshallian kerana “Perfect Competition must precede Demand Supply not the other way round” (Persaingan sempurna mesti wujud dulu sebelum nak pakai teori permintaan penawaran). Maknanya, Menteri Ekonomi main petik sikit teori buku teks tapi tak tahu ia sebenarnya apa.

Satu lagi, teori Neoclassical yang diguna menteri ini telah dibuktikan salah pada 1960 an oleh Pierro Sraffa. Daripada itu, wujud mazhab mikroekonomi paling baru yang dikenali sebagai Sraffian. Menurut Sraffian, harga bukan berpunca daripada faktor luaran yang subjektif seperti permintaan penawaran, sebaliknya harga ditentukan oleh faktor dalaman iaitu rantaian bekalan. Kartel yang mengawal bekalan misalnya mengawal harga.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kata harga tiket penerbangan bergantung kepada teori “supply demand”. Sekarang, Menteri Ekonomi pun kata harga barang ditentukan oleh teori “supply demand”.

Kesimpulannya, menteri-menteri cuba menggunakan teori Neoclassical yang telah dibuktikan salah, malah menggunakan teori itu secara separuh masak, tanpa memahami apa sebenarnya pengasas teori mikroekonomi yang salah itu ajar.

Teori yang salah menghasilkan penyelesaian ekonomi yang salah. Menggunakan teori secara separuh masak juga bermakna menteri kurang belajar.

Hezri Sardi
Bendahari Dewan Perniagaan Melayu Melaka (DPMM)/ Penyelidik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: