Tempatan

MMA Mahu JPA Perhalusi Status Doktor Kontrak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2023 – Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj telah mengeluarkan kenyataan bahawa peluang bagi doktor kontrak untuk mendapat kenaikan pangkat ke UD74 mengikut status quo sebagai tidak adil.

Menurutnya, ini kerana jika terdapat pembaharuan kontrak, pegawai perubatan yang telah diperbaharui kontrak tersebut tetap kekal dengan gred UD43 dan menerima gaji pada tangga yang sama.

BACA JUGA: “Biseksual, Gay, MSM Digalakkan Memohon” – Universiti Tempatan

BACA JUGA: Pekerja Kesihatan Akan Ditambah Untuk Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

BACA JUGA: Dituduh Niat Kenyataan Anti LGBT, NGO Selar MP

Muruga menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak adil kerana ianya tidak mengambil kira faktor pengalaman serta tempoh perkhidmatan mereka.

Ujarnya, “Tindakan ini jelas tidak adil kerana tidak mengambil kira pengalaman dan tahun mereka berkhidmat walaupun sebahagian mereka berkhidmat lebih lima hingga enam tahun.”

Beliau seterusnya menegaskan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepatutnya mengambil kira pegawai perubatan yang berstatus kontrak yang melengkapkan peperiksaan dan memasuki fasa pewartaan kepakaran mereka.

Presiden tersebut turut menyatakan bahawa pihak JPA juga perlu mengambil tindakan mengumumkan langkah bagi menyerap kumpulan yang berstatus kontrak ini ke dalam perkhidmatan tetap.

Lanjut beliau lagi, JPA juga perlu mempertimbangkan tempoh perkhidmatan kumpulan tersebut sejak menjadi pegawai perubatan berstatus kontrak untuk kenaikan pangkat dan bukan menetapkan mereka sebagai kakitangan baru pada gred UD43.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: