Tempatan

Had Umur Pelatih PLKN 3.0, MINDEF Perjelas Kekeliruan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 November 2023 – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menjelaskan kekeliruan berhubung had umur bagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang menjadi polemik beberapa hari ini.

Memetik kepada laporan berita tempatan, menurut MINDEF pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran mereka dan umur maksimum penyertaan ialah 35 tahun.

“Ada titik tolak dari segi tahun kelahiran peserta PLKN 3.0. Contohnya, jika PLKN 3.0 dilaksanakan pada 2024, maka remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil untuk mengikuti latihan.”

“Sekiranya remaja yang dipilih tidak dapat menghadiri latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh meminta penangguhan,”

“Umur maksimum pelatih ialah 35 tahun. Kementerian Pertahanan berharap penjelasan ini dapat menghilangkan kekeliruan dan kemarahan orang ramai berhubung had umur PLKN 3.0,” jelas MINDEF dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, pengumuman kerajaan bahawa di bawah Akta PLKN, golongan remaja sehingga usia 35 tahun boleh dicalonkan untuk program latihan itu menjadi perdebatan hebat oleh warganet.

Antaranya ada golongan dewasa yang bekerja tertanya-tanya tentang bagaimana rutin harian mereka akan berubah secara drastik sekiranya mereka dipanggil untuk menyertai PLKN.

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa PLKN yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanakan dan membabitkan dua fasa di mana program tersebut akan turut memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: