Antarabangsa

Kontroversi Hijab Karnataka: 50% Pelajar Muslim Keluar Daripada Kolej Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 09 Januari 2023 – 50 peratus pelajar Muslim di Karnataka keluar daripada kolej kerajaan dan beralih kepada kolej swasta susulan larangan berhijab oleh kerajaan Karnataka.

Lapor sebuah portal antarabangsa, berdasarkan kajian daripada Indian Express, jumlah pelajar Islam yang mendaftar di kolej Kerajaan mengalami penurunan kepada 186 bagi tahun akademik 2022-23 daripada 388 pelajar pada 2021-22.

BACA JUGA: Hijab & Tunik, Uniform Baharu Krew Kabin Wanita British Airways

BACA JUGA: Kemalangan Berpunca Dari Silap Pemandu, Bukan Pemanduan Mabuk – Aktivis

BACA JUGA: Iktiraf LGBT, WHO Kiblat Dunia Perubatan Terpesong

Kajian itu juga menunjukkan, hanya 91 pelajar Muslim perempuan yang mendaftar di kolej kerajaan pada tahun akademik ini berbanding 178 pada tahun akademik 2021-22.

Malah, bilangan pelajar lelaki Islam yang mendaftar di sekolah kerajaan turut menurun kepada 100 daripada 210.

Menurut pentadbir Kumpulan Pendidikan Salihath, “Pendaftaran gadis Islam di kolej persendirian tanpa bantuan (PU) kami telah meningkat hampir dua kali ganda buat kali pertama. Ini adalah bukti bagaimana isu tudung sebenarnya memberi kesan kepada mereka secara peribadi dan akademik”.

Sementara itu, Pengetua Kolej PU Al Ihsan, Habeeb Rahman, “Kanak-kanak lelaki turut dalam trend yang sama berkemungkinan disebabkan ibu bapa mahukan mereka menjauhkan diri daripada sebarang pergolakan mengenai hijab. Memandangkan perhubungan dan perpolitikan hijab di kolej PU Kerajaan di Udupi, ibu bapa mungkin telah memutuskan untuk mereka memberi tumpuan kepada pendidikan dan disiplin di kolej PU swasta pada tahun akademik ini”.

Oktober tahun lalu, Mahkamah Agung India kekal dengan keputusan untuk mengharamkan pemakaian hijab di sekolah dan kolej di negeri Karnataka.

Larangan berhijab itu yang bermula sejak Februari tahun sama telah mencetuskan bantahan meluas dalam kalangan pelajar dan masyarakat Islam diikuti kecaman daripada warga global.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: