Antarabangsa

Hampir 5 Ribu Pejuang Palestin Termasuk 160 Kanak-Kanak Dalam Tahanan Rejim Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 23 April 2023 – Pendudukan rejim haram aparteid Israel kini menahan kira-kira 4,900 pejuang Palestin termasuk 160 kanak-kanak di bawah pemenjaraan yang keras.

Laporan media Palestin menunjukkan 4,900 rakyat Palestin dipenjarakan termasuk 1,000 orang ditahan di bawah pentadbiran tanpa tuduhan atau perbicaraan.

BACA JUGA: Gempa Bumi Di Sabah, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

BACA JUGA: Kemasukan Ke Wad Kes COVID-19 Meningkat 26%

BACA JUGA: Sah! Indonesia Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Dalam pada itu, data menunjukkan bahawa seramai 700 banduan menghidap pelbagai penyakit termasuk 23 orang menghidap kanser. Seramai 19 wartawan juga ditahan di penjara Zionis Israel.

Tambah laporan itu, seramai 554 banduan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, di mana 40 daripadanya menjalani hukuman lebih daripada 25 tahun.

Sementara itu, 23 orang yang lain telah ditangkap sebelum termeterainya Perjanjian Oslo dan masih ditahan di penjara rejim haram sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: