Antarabangsa

Afghanistan Laksana Hudud, Pasangan Zina Kena 39 Sebatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 14 Ogos 2022 – Pihak berkuasa Afghanistan telah mula melaksanakan hukuman hudud secara terbuka apabila seorang wanita dan seorang lelaki dikenakan 39 kali sebatan setiap seorang atas tuduhan berzina.

Lapor sebuah portal, pasangan itu didakwa tinggal sebumbung tanpa ikatan pernikahan yang sah dan turut melakukan hubungan seksual. Selain dikenakan hukuman sebatan, mereka juga dikenakan hukuman penjara di mana pihak lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun manakala pihak perempuan dijatuhi hukuman dua tahun penjara.

Malah, seorang wanita lain yang tinggal di rumah yang sama juga dikenakan 20 kali sebatan serta hukuman penjara selama enam tahun kerana membenarkan perbuatan zina itu berlaku.

Menurut Rahmatullah Hammad, Ketua Maklumat dan Budaya Emiriah Islam di Zabul, “Di bandar Qalat, ibu kota wilayah Zabul, enam orang telah ditangkap sebentar tadi. Selepas siasatan dan bukti jenayah, mahkamah rayuan mengeluarkan hukuman di tempat awam. Mereka telah disabitkan kesalahan. Seorang wanita dan seorang lelaki dihukum kerana berzina dan masing-masing dikenakan 39 kali sebatan.”

Dalam kes berasingan, 20 sebatan dan hukuman sebulan penjara dikenakan ke atas dua orang lelaki atas tuduhan merompak dalam wilayah yang sama.

Bulan lalu, pemimpin Emiriah Islam, Sheikh Hibatullah Akhundzada menggesa agar undang-undang Syariah di Afghanistan dilaksanakan sekali gus menekankan perlunya memelihara nilai-nilai Islam.

Katanya, penyelesaian masalah melalui Syariah ada kepentingannya dan bukan melalui undang-undang buatan manusia semata-mata.

“Sejak 20 tahun lalu, terdapat banyak retorik anti-Syariah dan Islam serta undang-undang yang dibuat oleh manusia tapi tidak memberi kesan,” kata jurucakap Emiriah Islam, Zabiullah Mujahid.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: