Tempatan

Kambing Aqiqah Harga Yahudi – Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 FEBRUARI 2022 – “Kambing akikah harga Yahudi!” kata seorang pengguna media sosial, yang bersetuju dengan komen mengenai kenaikan harga kambing untuk aqiqah di Malaysia.

Ciapan ini timbul susulan persoalan seorang individu mengenai harga kambing akikah di Malaysia yang menurutnya sehingga mencapai RM seribu lebih, sedangkan dahulu harga seekor hanya sekitar RM500 hingga RM600 sahaja.

BACA: Puting Beliung Diramal Bakal Melanggar Selangor, Perak Dan Lain-Lain – Pengarah Kanan METMalaysia

BACA: Sekolah Cina Tolak Ribuan Guru BM Kementerian, Lantik Walk in Bangsa Cina

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Kambing nak masak akikah sekarang memang mahal eh? Harga sampai RM1k lebih ni. Bukan dulu harga seekor baru RM500-600 je ke? Patutlah ramai orang buat akikah kat negara luar sekarang, buat asal lepas niat je,” kata

Luahan ini mendapat sambutan netizen yang majoritinya bersetuju, kambing aqiqah di Malaysia sangat mahal. Kerana itulah mereka terpaksa mencari alternatif lain seperti melakukan aqiqah dengan kambing biri-biri ataupun melakukan akikah di luar negara.

“Tu la harga Malaysia mahal gila. Macam mana sembelih akikah Mekah boleh dapat RM400 je? Kesian orang Malaysia tak merasa kenduri kambing dah,” kata Ikar.

“Baru buat minggu lepas. Suruh pak mertua carikan dia kata semua RM1k lebih. Ramai jual baka mahal. Lastly dapat biri2. RM600 je. Pastu owner bagi sedekah RM50 kat anak,” ujar Asraf Ahmad pula.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata harga kambing akikah yang dilaksanakan di Malaysia berharga dari RM1,000 ke atas.

Terdahulu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abd. Halim Husin menjangkakan semua barang tanpa mengira jenis akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Kenaikan harga barangan itu didorong oleh lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang pada Disember lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: