Antarabangsa

Kilang Tutup, Karbon Dioksida Di New Zealand Kini Terpaksa Dicatu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW ZEALAND, 13 Januari 2023 – Bekalan karbon dioksida (CO2) yang digunakan untuk diisi pada air minuman dan bagi tujuan pembungkusan serta penggunaan di hospital-hospital kini terpaksa dicatu berkenaan kekurangan bekalan berikutan penutupan satu-satunya kemudahan penghasilan bahan tersebut.

Penghasil gas industri, BOC, telah menyatakan melalui sebuah email bahawa mereka kini memberi keutamaan penyediaan bekalan CO2 kepada sektor perubatan kritikal, keselamatan serta para pengguna air dan ianya adalah bersifat catuan. Menurut mereka,

“Kami kini sedang bekerjasama dengan para pembekal, pelanggan serta para pemegang taruh industri bagi menguruskan situasi penyediaan CO2”.

BACA JUGA: Kementerian Lambat, Kedah Bertindak Keluarkan Sendiri SOP Penerokaan REE 

BACA JUGA: Jual Arak Di Premis Tertentu: PERKASA Kedah Sambut Baik Cadangan MB 

BACA JUGA: Media UK Dedah Plot Rahsia Untuk Jatuhkan Pope Francis

Catuan tersebut berlaku disebabkan penutupan satu-satunya kemudahan penghasilan CO2 di pantai barat North Island. Syarikat Todd Energy yang menguruskan kemudahan tersebut menyatakan bahawa ianya terpaksa ditutup berikutan siasatan berkenaan isu keselamatan sedang dijalankan. Menurut mereka,

“Operasi yang selamat di kilang kami adalah menjadi keutamaan. Namun ianya bermakna kilang itu terpaksa ditutup buat sementara untuk kami melakukan kerja-kerja kejuruteraan bagi menyelesaikan masalah”.

Bekalan CO2 di negara tersebut sudahpun terhad sebelum penutupan kilang tersebut, berikutan penutupan kilang lain setelah negara tersebut membenarkan hanya sebuah kilang untuk beroperasi pada April 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: