Terkini

Isu Kenaikan Harga; Segerakan AP Ayam Bulat Kepada Pasaraya Besar – PPMM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 09 Februari 2022 – “Kerajaan perlu menyegerakan pengeluaran permit import (AP) ayam bulat kepada pengusaha-pengusaha pasar raya besar,” ujar Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Che Hassan Che Johan.

Tambah Che Hassan, permit import (AP) untuk mengimport ayam bulat sepatutnya telah lama dibuka kepada pengusaha-pengusaha pasar raya besar.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Ini kerana sebelum ini permit import (AP) hanya membenarkan pengusaha mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain sahaja.

Justeru, selain menyegerakan pengeluaran permit import (AP) kepada pengusaha pasar raya besar, beliau juga menyarankan supaya Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.

Timbulnya isu kenaikan harga barang terutamanya bahan mentah termasuk ayam, sayur dan telur ayam sememangnya sangat memeranjatkan pengguna kerana kenaikan ini hanya berlaku pada musim perayaan sahaja, kata Che Hassan.

“PPMM juga telah memeriksa harga asal dan harga jualan oleh peniaga pasar, ternyata kenaikan harga barang bukan daripada peniaga.”

Baru-baru ini, para peniaga barang basah mengadu menghadapi masalah terpaksa ‘mencatu’ bekalan ayam disebabkan bekalan ayam masih belum stabil.

Azam Yusof yang merupakan salah seorang peniaga barang basah seperti ayam berkata, bagi memenuhi permintaan pelanggan beliau mengambil sehingga 300 ayam sehari dari empat tempat pemprosesan ayam di sekitar Kota Bharu.

Beliau turut berkongsi perasaan tertekan kerana perlu berhadapan dengan kekurangan bekalan ayam dan pada masa sama, tidak boleh menjangkakan harga naik turun ayam kerana ia bergantung kepada bekalan dan harga yang diperoleh daripada pemborong atau pembekal.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: