Antarabangsa

Keluarga Palestin Masih Trauma Mengenang Pembantaian Sabra & Shatila

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 26 September 2022 – Walaupun 40 tahun telah berlalu, kejadian ngeri ‘Sabra dan Shatila 1982’ masih lagi segar di ingatan rakyat Palestin, sehinggakan menjadi trauma buat mereka.

Tragedi pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dan Lubnan itu menjadi menjadi mercu tanda pembunuhan manusia yang paling ikonik di dunia.

Walaupun terjadi dalam masa tiga hari sahaja, namun sebanyak 3,500 mangsa telah terkorban, kebanyakannya wanita, kanak-kanak, dan orang tua.

Rehab Kanaan, 68, memberitahu, setiap tanggal 16 September beliau akan menyalakan lilin di gelanggang terbuka di tengah-tengah bandar Gaza bagi mengenang tragedi yang meragut nyawa anaknya serta ahli keluarganya yang lain.

“Ia sungguh tragedi, saya keseorangan,” katanya dengan sebak.

“Selepas pembunuhan beramai-ramai tamat, saya segera kembali ke Sabra dan Shatila.”

“Saya terkejut. Anggota badan, darah dan orang mati, tempat kejadian berubah menjadi malapetaka. Ramai saudara mara dan jiran saya terbunuh, tetapi tidak ada berita tentang anak-anak saya.”

“Tragedi ini tak akan berakhir,” katanya sambil memberitahu akhirnya berita kematian anaknya terungkai apabila nama anaknya ada dalam senarai mangsa terkorban.

Sementara itu Nawal Abu Rudeinah, 46, berkata, bau kematian masih kuat di ingatannya.

“Saya masih ingat saya berjalan di antara mayat yang bergelimpangan.”

“Ada orang tanpa lengan, ada otak di atas lantai, ada wanita dengan kaki terbuka dan ditutup dengan selimut,” ceritanya sambil mengingati semula tragedi yang membunuh bapanya dan adik perempuannya yang hamil serta ahli keluarganya yang lain.

Jelasnya, pasukan militia Kristian Lubnan yang bersekutu dengan Israel telah menyerang beliau sekeluarga.

“Apabila mereka masuk ke rumah kami, mereka membawa semua lelaki keluar, meletakkan mereka dalam barisan dan mula memukul mereka dengan jubin berat di kepala mereka. Saya tidak akan melupakan kejadian ini.”

Baginya, zaman kanak-kanaknya sungguh mengerikan akibat tragedi 16 September ini.

Nasib pelarian Palestin di Lubnan sehingga kini masih tidak berkesudahan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah pelarian Palestin kini mencecah 479,000 dan kebanyakan berada dalam kem pelarian yang padat dan daif, mengalami kemiskinan, pengangguran dan kekurangan akses kepada perkhidmatan asas dan bantuan guaman.

Sehingga sekarang juga, rakyat Palestin di Lubnan dilarang bekerja dalam 39 profesion dan memiliki harta, dan menghadapi banyak sekatan lain.

“Sudah berpuluh tahun kami membawa label ‘pelarian’. Jika Lubnan tidak terima kami, bagilah kami kembali ke tanah air kami. Impian kami sebelum meninggal dunia adalah untuk melawat Masjid al-Aqsa,” kata Nawal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: