Tempatan

Kes Cubaan Menculik Kanak-kanak Di Genting, Dua Wanita Warga Asing Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 24 September 2022 – Polis telah menahan dua orang wanita warga asing berhubung dakwaan kehilangan seorang kanak-kanak di Cameron Highlands kerana dipercayai melakukan cubaan untuk menculik kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, bapa mangsa, 33 tampil membuat laporan bermula Selalu lalu pada jam 1:20 tengah hari.

“Susulan itu, kami merakam keterangan pengadu dan saksi berhubung insiden berkenaan yang dirakam menerusi satu video berdurasi satu minit 20 saat yang turut tular di media sosial, Isnin lalu.”

Hasil siasatan, kami menahan dua wanita warga asing masing-masing berusia 42 dan 50 tahun jam 11.30 pagi tadi, bagi membantu siasatan kes berkenaan,” jelas beliau dalam kenyataan sama.

Beliau turut memaklumkan, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.

“Kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai terutamanya ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap aspek keselamatan anak-anak khususnya di tempat sesak bagi mengelak perkara tidak diingini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: