Tempatan

Gangguan Bekalan Air Selama 48 Jam Di Seremban, Kuala Pilah, 31hb Januari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 26 Januari 2023 – Sebahagian kawasan sekitar Seremban dan Kuala Pilah bakal mengalami gangguan bekalan air selama 48 jam bermula 8 pagi pada 31 Januari ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dalam kenyataan berkata, gangguan itu berlaku susulan penutupan sementara berikutan kerja-kerja penyambungan paip di Kolam Imbangan Batu 5, Seremban, servis serta pembaikan peralatan voltan tinggi di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Terip.

BACA JUGA: CPTPP Akan Tambah Derita Petani – PeSAWAH

BACA JUGA: Amaran Banjir Bagi Mersing, 11 Malam Ini

BACA JUGA: CPTPP: Mana Suara Parti Politik Melayu?

Sementara di Kuala Pilah pula, gangguan berlaku kerana kerja pengalihan paip S-Bend jenis MS berdiameter 750 milimeter (mm) di Kampung Bemban.

Kawasan di Seremban yang akan mengalami gangguan bekalan air termasuk bandar Seremban, Ampangan, Senawang, Paroi, Rasah Jaya, kawasan perindustrian Senawang, Taman Tuanku Ja’afar, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Jalan Ampangan-Kuala Pilah dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, turut terjejas ialah Seremban 2 dan 3, Mambau, Temiang, Templer, Bukit Kepayang, Oakland, Jalan Labu Batu 1 hingga Batu 13, R&R Seremban arah utara dan selatan, Hospital Tuanku Ja’afar, Hospital Columbia, Hospital KPJ, Hospital Mawar dan NSCMH Pusat Dialisis.

Manakala penduduk di kawasan Sikamat termasuk Taman Desa Rhu, Kampung Ujung Pasir, Taman Warisan Puteri, Kampung Bukit Merbah, Taman Rashibah, Taman Suliana dan Taman Penaga serta beberapa kawasan tinggi di Mantin dan Lenggeng turut terjejas.

Sementara itu, di Kuala Pilah, kawasan terjejas termasuk Pekan Senaling, Kampung Maasop, Taman Pilah Senaling, Kampung Batang Pilah, Kampung Sri Pilah, Kampung Ulu Pilah, Kampung Sikai, Kampung Gunung Pasir dan Kampung Ulu Senaling.

Turut terlibat ialah Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Taman Bahagia Delima, Taman Bukit Intan, Taman Selasih, Kampung Batu 46, Sekolah Zaaba, Sekolah Tunku Kursiah, Taman Pendita, Kampung Bukit Temensu dan Kampung Sungai Layang.

Dalam pada itu, sebagai langkah kontingensi, SAINS akan menghantar lori tangki air dan menempatkan tangki air statik, jika gangguan bekalan air melebihi tempoh penutupan anggaran.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi SAINS di talian bebas tolnya, 1-800-88-6982.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: