Antarabangsa

Kristian Kini Agama Minoriti Di England & Wales – Banci 2021

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 30 November 2022 – Sesi bancian bagi tahun 2021 telah menunjukkan bahawa agama Kristian kini menjadi agama minoriti di sekitar England dan Wales.

Sesi banci yang diadakan pada 21 Mac 2021 itu telah menyaksikan bahawa sekitar 46.2 peratus daripada warga England dan Wales menyatakan bahawa mereka adalah beragama Kristian dan peratusan ini telah berkurangan sebanyak 13% berbanding banci 2011 yang menunjukkan bahawa sebanyak 59.3% peratus daripada mereka beragama Kristian.

Peratusan mereka yang mengaku diri mereka sebagai seorang yang beragama Kristian itu menurun secara signifikan berikutan semakin ramai warga kawasan tersebut yang mendakwa mereka tidak mengikut sebarang agama.

Jumlah mereka yang beragama Kristian telah jatuh sebanyak 5.5 juta pada sekitar 10 tahun lalu dan dalam masa yang sama, agama-agama utama lain menyaksikan peningkatan pada jumlah pengikut mereka.

Hampir keseluruhan pihak berkuasa tempatan telah menerima pendaftaran yang tinggi bagi menyatakan jumlah mereka yang mengaku tidak beragama. Bahkan lebih daripada separuh populasi bagi 10 majlis pentadbiran telah menyatakan bahawa mereka itu tidak menganut sebarang agama.

Manakala populasi mereka yang menganut “agama-agama lain”, iaitu agama selain Kristian, Buddha, Hindu, Judaisme, Islam dan Sikh kini mencatatkan peningkatan sebanyak sekitar 0.6 peratus.

Kelompok yang sama juga telah berkembang lebih daripada 100,000 orang dalam tempoh kira-kira satu dekad sebelum dua sesi bancian terakhir dilakukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: