Antarabangsa

GEMPAR! Kubu Purba Kota Baitulmuqaddis Ditukar Menjadi Muzium Yahudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 02 Jun 2023 – Pendudukan haram aparteid Israel bertindak menukar kubu purba Kota Baitulmuqaddis kepada sebuah muzium Yahudi, dengan nama baharunya Muzium Menara David.

Keputusan itu dibuat ke atas sebuah tapak bersejarah Palestin purba, di mana ia terletak berhampiran pintu Al-Khalil di kota lama Baitulmuqaddis yang diduduki.

Lapor media antarabangsa, gerakan pejuang Palestin, Hamas mengutuk dan menentang sekeras-kerasnya langkah berkenaan yang dipercayai merupakan sebahagian daripada usaha Zionis Israel untuk menghapuskan identiti Baitulmuqaddis.

BACA JUGA: Kes Hak Jagaan Anak Orang Asli: Mahkamah Perintah ‘Gag Order’ Kepada Semua Pihak Terbabit

BACA JUGA: Doktor Mahu Caj RM1 Klinik Kesihatan Dinaikkan

BACA JUGA: Johor Sasar 8,000 Orang Awam Khatam Al-Quran Setahun

Gerakan itu menegaskan bahawa kubu Baitulmuqaddis adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri sejarah Baitulmuqaddis dan harta wakaf Islam yang terus menjadi saksi identiti Arab dan Muslim.

Hamas turut mengingatkan, Baitulmuqaddis akan sentiasa kekal sebagai bandar Arab dan bandar Islam.

Justeru itu, Hamas menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk bertindak menamatkan percubaan pendudukan Israel dalam memalsukan fakta sejarah sekali gus melindungi tapak suci umat Islam di kota suci berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: