Tempatan

Pertikaian Agama: Menteri Cadang Tubuh Pusat Mediasi Luar Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar mencadangkan penubuhan satu pusat mediasi di luar mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian antara orang Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas mengenai kes seorang kanak-kanak perempuan Islam dari kalangan orang Asli yang didakwa diabaikan oleh bapanya.

Menurut laporan, kanak-kanak itu merupakan anak pasangan yang telah bercerai dan dijaga oleh ibunya yang telah memeluk Islam. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuantan memerintahkan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya yang bukan beragama Islam, menerusi perintah habeas corpus pada Khamis lalu.

BACA JUGA: Jam SWATCH Dirampas Bukan Sebab Warna Pelangi, Tetapi Cetakan ‘LGBTQ’

BACA JUGA: Sabah Diiktiraf Sebagai Tapak UNESCO Triple Crown, Ketiga Di Dunia

BACA JUGA: Pelampau Hindu Serang Muslimah Hamil Hingga Keguguran

Ujar Mohd Naim, cadangan penubuhan pusat mediasi berkenaan dapat membantu mereka yang bermasalah di luar konteks mahkamah.

“Sebab sekarang dia melibatkan pertikaian antara Islam dan bukan Islam. Bapa yang bukan Islam dan ibu yang Islam, dan anak yang beragama Islam. Jadi kita perlukan satu platform yang mana pihak-pihak ini boleh dibantu secara informal, bukan dalam konteks set up mahkamah, contohnya,” jelas beliau lagi.

Mengulas lanjut, selain menyelesaikan pertikaian antara yang Islam dan bukan Islam, proses mediasi ini juga boleh digunakan untuk menyelesaikan pertikaian yang melibatkan dua mahkamah berbeza iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: