Antarabangsa

Syria Berjaya Pintas Serangan Udara Rejim Zionis Tel Aviv

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 01 April 2023 – Barisan pertahanan udara Syria telah berjaya memintas satu lagi serangan Israel yang mensasarkan Damsyik.

Serangan yang dilakukan oleh rejim haram aparteid Israel itu telah dilancarkan terhadap Damsyik pada pagi Jumaat di jam 12.17 pagi waktu tempatan, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media kerajaan Syria.

Laporan media yang diambil daripada sumber tentera itu menyatakan bahawa pertahanan udara Syria telah memintas peluru-peluru berpandu dan telah berjaya menembak jatuh beberapa peluru berpandu tersebut.

BACA JUGA: Pihak Berkuasa Perancis Tolak Kemasukan Imam Dan Ulama Maghribi

BACA JUGA: Bufet Ramadan: Dua Hotel Diarah Tutup, 46 Kompaun Diberikan Penguatkuasa Kesihatan

BACA JUGA: 41 Rangka Manusia Tapak Arkeologi Guar Kepah Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia

Serangan yang dibuat oleh rejim haram aparteid Israel tersebut telah menyebabkan beberapa kerosakan material namun tiada sebarang maklumat berkenaan kematian telah dilaporkan.

Sumber yang sama turut menyatakan bahawa serangan udara tersebut datang daripada arah Bukit Golan Syria dan telah mensasarkan sebuah lokasi di pinggiran Damsyik.

Sekurang-kurangnya tiga buah letupan telah didengari di ibu negeri Syria itu sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh beberapa saksi.

Serangan udara rejim Zionis Israel itu berlaku sehari setelah rejim haram yang sama melancarkan serangan peluru berpandu di kawasan-kawasan sekitar Damsyik daripada arah wilayah rampasan sejak 1967 yang mana serangan tersebut telah mencederakan dua orang tentera Syria.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: