Tempatan

Monkeypox Di Malaysia: KKM Buat Penafian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 25 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya menafikan menerima sebarang notifikasi berkenaan kes jangkitan virus cacar monyet (monkeypox) sehingga 24 Mei 2022, jam 5.00 petang tadi.

Menerusi kenyataan tersebut juga, KKM sekaligus menafikan terdapat kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox yang direkodkan seperti dalam mesej beserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.

Baca: Mantan Ahli Majlis India Terbunuh Atuk Kerana Disangka Muslim

Baca: 12 Negara Dijangkiti Virus Cacar Monyet

Baca: Lelaki Gay Paling Banyak Dijangkiti ‘Monkeypox’

Oleh yang demikian, KKM menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris yang terkesan untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan.

Pada masa yang sama, KKM menyarankan waris kepada kanak-kanak tersebut untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan sekiranya kanak-kanak itu disyaki dijangkiti virus monkeypox.

“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan”.

Terdahulu, tular di media sosial mesej beserta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus cacar monyet (monkeypox).

Gambar tersebut menunjukkan keadaan kanak-kanak tersebut dipenuhi dengan gelembung-gelembung pada permukaan kulit tangannya seperti jerawat yang berair.

Dalam perkembangan yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa sebanyak 12 negara anggota yang bukan endemik kepada jangkitan virus cacar monyet (monkeypox) telah merekodkan dengan 92 kes positif, termasuk 28 kes suspek cacar monyet.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: