Tempatan

Aktivis Persoal Food Court Tidak Halal ‘Bangsa Johor’, Pinggirkan Umat Islam?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Mei 2023 – “Cuma akan marah l, sedih dan pelik hanya ada satu food court tapi utk non halal food sahaja di Midvalley JB ni. Food Court diberi nama PopCorn Food Hall dengan sign tambahan ‘Non Halal’.”

“Marah sbb org Islam tak boleh nak makan di food court. Marah sebab apa boleh ada diskriminasi kepada pengguna Islam di negara Islam ada agamanya. Marah sebab tak ada food court yg halal. Di sebuah Negeri yg mahukan disebut Bangsa Johor tapi umat Islam tidak lagi dipedulikan.”

Ini kenyataan dilontarkan oleh Syed Hassan Syed Ali, seorang aktivis dalam Facebooknya selepas mendapati tiada medan selera halal di pusat beli belah Midvalley Johor Bahru.

BACA JUGA: Isu Sparkling Wine Ada Sijil Halal, JAKIM Beri Penjelasan

BACA JUGA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA JUGA: Kuil Sebelah Tapak Sekolah Agama, Penduduk Damansara Damai Persoal Datuk Bandar

Katanya di ruangan komen, jawapan yang diperoleh dari semua pekerja di situ turut mengesahkan bahawa medan selera halal tidak wujud di sana.

“Semua pekerja di situ mereka semua kata tak ada food court lain kecuali yg itu sahaja. Mereka pun frust susah nak cari makanan halal kecuali fast food yg biasa tu mcm KFC dan lain2.”

Berikutan itu, beliau mengandaikan pihak pengurusan pusat beli belah tersebut dipimpin oleh orang bukan Islam.

“Saya boleh andaikan pihak Pengurusan Mall ini yg saya percaya diketuai oleh bukan Islam.”

Menurut Syed Hassan yang merupakan Presiden PERKASA itu, apa yang membangkitkan kemarahan beliau adalah apabila wujud diskriminasi kepada pengguna Islam di negara Islam ini.

“Peliknya, mereka sangat berani lakukan hal2 seperti ini sekarang. Seolah2 tak mengalu2kan pengunjung Islam datang berbelanja di sini. Kenapa mereka berani???”

Berkata lanjut, beliau turut menyentuh mengenai isu dobi untuk Muslim yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu.

“Dulu bila ada pengusaha Islam jalankan perniagaan dobi layan diri letak signage ‘Pelanggan Muslim Sahaja’, kecoh satu negara termasuk Sultan pun tegur”

“Sedih sebab majoriti org JB adalah Islam, rakyat Johor majoriti juga Islam, MBnya Islam, Sultannya Islam, Ketua2 Jabatan adalah Islam tapi boleh dibiarkan hal sebegini boleh berlaku.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: