Antarabangsa

Kongres AS Mahu Tentera Kekal Di Syria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 10 Mac 2023 – Ahli kongres Amerika Syarikat (AS) telah menolak bil cadangan undang-undang untuk mengeluarkan tentera AS dari Syria dan memilih untuk meneruskan pendudukan ketenteraan di negara tersebut.

Tindakan tersebut telah dipilih walaupun AS telah menerima pelbagai bantahan daripada kerajaan di Damsyik yang telah menolak kehadiran tentera AS tersebut dan menganggap keberadaan tentera terbabit sebagai tidak sah.

BACA JUGA: Kerajaan PH-BN: Pemerhati Dakwa Sokongan Undi Melayu Makin Menipis

BACA JUGA: Musang King Haram: Tanah Orang Asli Perak Diceroboh

BACA JUGA: Elak Kahwin Muda: Kerajaan Bakal Gubal Undang-Undang Wajib Ke Sekolah Menengah

Daripada kesemua yang telah membuat undian terhadap bil tersebut, 56 orang wakil dari parti Demokrat telah bersama dengan 47 orang wakil dari parti Republikan berpendirian bahawa tentera AS sepatutnya dikeluarkan daripada Syria.

Namun kesemua mereka tersebut telah gagal untuk meluluskan “Syria War Powers Resolution” itu dengan undian 103 lawan 321 pada Rabu lalu.

Bil undang-undang tersebut pada awalnya diperkenalkan oleh ahli Republikan dari Florida, Matt Gaetz pada bulan lalu, di mana ianya mengenai tuntutan terhadap Presiden AS Joe Biden untuk mengeluarkan 900 orang anggota tentera yang masih berada di negara Timur Tengah tersebut.

Gaetz telah berhujah bahawa tindakan ketenteraan yang dilakukan terhadap Syria itu tidak pernah mendapat pengesahan Kongres. Gaetz turut telah menyelar para penggubal undang-undang setelah keputusan undian dicapai.

Mereka yang tidak bersetuju dengan penarikan semula tentera AS di Syria berhujah dengan alasan bahawa mereka khuatir akan kebangkitan kumpulan-kumpulan pengganas di rantau itu. Namun Gaetz telah menyatakan bahawa sebenarnya Amerika yang telah bertindak sebagai “alat pelatih” bagi pengganas-pengganas tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: