Tempatan

Lanjutkan Umur Bersara Tak Sesuai Di Malaysia – Datuk Dr Syed Hussain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 April 2023 – Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman menegaskan cadangan melanjutkan had umur bersara dari 60 kepada sehingga 65 tahun adalah tidak sesuai di Malaysia.

“Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk Malaysia meningkatkan umur persaraan berkanun kerana kadar pengangguran adalah pada 3.7 peratus dan pengangguran belia masih pada tahap tinggi iaitu melebihi 10 peratus.”

BACA JUGA: HATI-HATI! Pakar Beri Amaran Malaysia Bakal Dilanda Gempa Besar

BACA JUGA: Guna Gelaran Dato’ Sri Negeri Pahang Tidak Diiktiraf, Dua Lelaki Ditangkap

BACA JUGA: Kuasa SPRM Terhad Kepada Siasat Kew Korupsi Bukan Kod Etika Hakim 

“Peningkatan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun sebelum ini menyebabkan kehilangan kira-kira sejuta peluang pekerjaan untuk graduan baharu dan kemasukan baharu ke pasaran buruh,” tegas beliau menurut portal tempatan.

Tambah Presiden MEF itu, menaikkan umur persaraan akan menghalang usaha untuk mencergaskan semula pasaran buruh Malaysia dan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, ia juga mungkin akan menaikkan kos perubatan majikan kerana banyak syarikat insurans tidak berminat untuk memberi perlindungan kepada pekerja yang lebih berusia.

Oleh itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa umur 60 tahun bagi seseorang pekerja adalah memadai dalam kebanyakan sektor pekerjaan.

“Sekiranya ia masih ingin dilaksanakan, antara pendekatan yang boleh dilakukan oleh majikan kepada pekerja atas 60 tahun adalah mengubah status mereka kepada kontrak,” kata Datuk Dr Syed Hussain.

Baru-baru ini, media melaporkan, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan agar pekerja di negara ini dibenarkan bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan mereka sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: