Antarabangsa

Gadis Berhijab Berdepan Segerombolan Pelampau Hindu Demi Syiar Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, INDIA, 10 Februari 2022 – Seorang gadis Muslim berhijab dijulang pengguna media sosial dengan gelaran “Sang Singa” selepas video keberaniannya berhadapan dengan segerombolan pelampau Hindu lelaki tular di laman sosial.

Dalam video itu, Bibi Muskan Khan dilihat memarkir motornya sebelum dihampiri oleh sekumpulan pelampau Hindu yang memakai selendang Saffron yang menempikkan “Jai Sri Ram”, teriakan yang bermaksud memuja sembahan mereka.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Tenang berhadapan dengan ancaman dan provokasi mereka, Muskan kemudian dilihat tetap terus berjalan sambil berterusan mengucapkan takbir, “Allahuakbar”, Allah Yang Maha Besar berulang kali, sebagai balasan kepada teriakan “Jai Sri Ram” mereka.

Muslimah ini juga kemudian menuturkan kata-kata yang membuatkan pengguna media sosial semakin kagum. Muskan menyatakan: “Mereka fikir mereka siapa untuk merenggut hak saya? Hijab adalah hak saya. Mereka fikir mereka siapa!”

Kejadian ini merupakan episod terbaru kumpulan pelampau Hindu memaksa para pelajar Muslimah menanggalkan hijab mereka jika mahu kekal belajar dalam institusi pengajian tinggi di India.

Terdahulu, sekumpulan pelajar Muslimah dihalang daripada memasuki kawasan kolej oleh pihak atasan kolej di Kundapura, Karnataka, India hanya kerana mereka memakai hijab.

Menurut Deepak Bopanna, Koresponden Utama portal Times Now, kejadian yang berlaku di sebuah kolej kerajaan di Kundapura ini terjadi selepas pihak kolej akur dengan desakan kumpulan pelajar yang mendapat sokongan kuat pejuang pelampau Hindu.

“Ini adalah kolej kerajaan Kundapura. Semalam sebilangan pelajar yang disokong oleh pertubuhan pro-Hindu telah datang ke kolej dengan memakai selendang Saffron dan memprotes kehadiran pelajar wanita dengan hijab ke kolej dan nampaknya sekarang ini pihak kolej akur dengan tekanan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: