Tempatan

“Ini Tanah Padayapa kan… Melayu?” – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – “Ini Tanah Padayapa kan… Melayu?,” demikian jawapan sinis Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia Cikgu Izzat Johari dalam hantaran di Facebooknya baru-baru ini terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy.

Tambah beliau, ‘tepat’ sekali cadangan dari P. Ramasamy yang menggesa agar Kerajaan menangani penguasa Melayu di dalam perkhidmatan awam negara ini, malah Kerajaan perlu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) supaya orang Melayu tidak menguasai mana-mana sektor lagi.

BACA JUGA: Belanjawan 2023 Akan Kurangkan Beban Hidup Rakyat Tanpa Keluar KWSP – Rafizi Ramli

BACA JUGA: Dua Lagi Kapal Selam Akan Dibeli Demi Keselamatan Maritim Negara – Menteri Pertahanan

BACA JUGA: Mesej Tular Taktik Samun Terbaru Penyamun Tidak Benar

“TEPAT! Inilah yang kita mahukan selama ini. Orang Melayu pemalas malah kroni serta rasis! Wajar dirombak dan masukkan kakitangan dikalangan Cina dan India.”

Selain itu, CIJ juga menyarankan Kerajaan mewajibkan murid-murid di negara ini bersekolah di sekolah perpaduan iaitu sekolah vernakular sebagai antara usaha untuk mengurangkan monopoli orang Melayu lagi di Malaysia.

“Melayu pemalas. Kuat kipas dan kuat jilat.”

Justeru, CIJ berkata idea ‘bernas’ P.Ramasamy itu perlu dilaksanakan segera. “Setidak-tidaknya, dalam pejabat PM, mesti 40% orang Cina dan 20% orang India. Barulah adil.”

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy mengeluarkan kenyataan supaya penguasaan perkhidmatan awam oleh satu komuniti etnik iaitu Melayu perlu ditangani oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: