Tempatan

Air Gas Campur Spirit: Usah Jadikan Diri Sebagai Bahan Ujikaji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Orang ramai diingatkan agar tidak menjadikan diri sebagai bahan ujikaji susulan kes air berkarbonat dicampur spirit baru-baru ini.

Memetik sebuah portal tempatan, Timbalan Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (iMedik) Pusat, Datuk Dr Mohamed Hatta Muhammad Tarmizi berkata tindakan mengambil minuman yang mengandungi metanol boleh mendatangkan implikasi yang serius sehingga boleh mendatangkan maut.

“Tapi kesan dia memang effect kepada seluruh badan antara lain contohnya kalau di bahagian paru-paru atau salur pernafasan, boleh menyebabkan batuk berdarah, sukar untuk bernafas, paru-paru berair, tekak boleh bengkak. Jadi ini akan menyebabkan saluran udara agak tersekat, menyebabkan sukar bernafas. Kalau mata telinga hidung, dengan minum itu sahaja boleh menyebabkan pedih mata, telinga, hidung atau lidah, boleh bawa kepada buta,” kata beliau sewaktu dihubungi portal tersebut.

BACA JUGA: Ummi Annur, Gadis Berhijab Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Udara AS

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Dibenarkan Mohon Operasi Pembenihan Awan

BACA JUGA: Syarikat Bukan Islam Dominasi Produk Bersijil Halal

Dalam kenyataan yang sama beliau turut menambah, antara kesan yang lebih spesifik ialah cirit birit berdarah, muntah dan kegagalan organ dalaman.

Malah, pengambilan minuman yang mempunyai metanol ini akan menyebabkan kulit bertukar warna kehitaman selain ia juga boleh membawa kepada koma seperti yang berlaku kepada seorang pelajar di Sabah baru-baru ini.

Kenyataan beliau ini adalah merujuk kepada kes 20 orang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Pitas, Sabah yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami keracunan hidrokarbon.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan kebimbangan atas apa yang dilakukan sekumpulan remaja terbabit sekali gus mengingatkan agar remaja kini perlu bijak dalam membuat keputusan dan tidak seharusnya terpengaruh dengan gejala sosial yang sedang meluas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: