Antarabangsa

Kim Jong-un Seru Tingkat Persediaan Perang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA UTARA, 01 Januari 2023 – Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pyongyang mesti meningkatkan persediaan peperangan mereka berikutan berlakunya sesuatu yang Jong-un sifatkan sebagai tindakan-tindakan konfrontasi yang belum pernah dilakukan terhadap negaranya itu oleh Amerika Syarikat (AS).

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh media tempatan di mana kenyataan Jong-un itu telah dibuat sewaktu beliau berucap pada mesyuarat akhir tahun bagi Parti Buruh pada Rabu lalu.

Dalam ucapan tersebut, Kim menyeru agar pelbagai sektor termasuklah senjata-senjata nuklear, senjata api dan pertahanan awam untuk “terus meningkatkan persediaan peperangan”.

Kim juga dilaporkan telah member amaran bahawa “situasi ketenteraan” di semenanjung Korea telah menjadi “ekstrim” disebabkan tindakan konfrontasi yang “belum pernah dilakukan” oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

Bagi tindak balas terhadap ancaman-ancaman tersebut, Kim juga menyatakan bahawa Pyongyang akan meluaskan kerjasama strategik mereka dengan negara-negara “merdeka yang anti-imperialis.”

Pada mesyuarat yang sama tahun lalu, Kim juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Pyongyang mesti “meningkatkan lagi persenjataan nuklear negara tersebut”.

Dalam mesyuarat yang sama pada tahun ini, Kim juga telah membuat penerangan berkenaan sasaran ekonomi serta agrikultur negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: