Antarabangsa

NATO Didakwa Guna Bom Bersisa Uranium Di Balkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERBIA, 27 Mac 2023 – Menteri Kesihatan Serbia, Danica Grujicic telah membuat kenyataan bahawa penggunaan senjata-senjata uranium bagi peperangan udara oleh NATO dalam melawan Yugoslavia adalah suatu “eksperimen yang teruk dan tidak berperikemanusiaan”.

Menurut Grujicic, pencemaran daripada senjata-senjata uranium tersebut telah menyebabkan peningkatan yang tinggi bagi kes-kes kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan kanser serta penyakit autoimun.

BACA JUGA: Individu Bukan Mahram Dilarang Buka Puasa Bersama – Forkopimda

BACA JUGA: Bakal Haji Negara Digesa Segera Jawab Surat Tawaran Haji

BACA JUGA: Bekalan Telur Dilapor Mula Berkurang

Dalam peperangan menentang Yugoslavia pada tahun 1999 itu, NATO telah menggunakan 10 tan metrik bahan uranium yang mana ianya digunakan untuk memperkuatkan lagi perisai mereka dan perkara ini telah diperakui oleh pihak mereka beberapa tahun setelah itu.

Walaupun pengakuan beserta laporan yang dikeluarkan oleh blok tersebut menyatakan bahawa sisa uranium itu “tidak memberi sebarang mudarat” apabila ditelan atau diserap melalui luka, namun bukti yang dialami oleh pihak Serbia pula menyatakan sebaliknya. Ujar Grujicic,

“Radiasi terjadi sewaktu mana letupan berlaku, dan setelah itu partikel nano pula telah menjalankan fungsi mereka”.

“Partikel-partikel tersebut memasuki paru-paru, aliran pencernaan, ginjal, dan setelah itu kamu boleh menjangkakan yang sebuah partikel alpha, yang 50 kali ganda bersifat karsinogenik berbanding yang lain, akan keluar daripada sebuah atom dari sisa uranium di dalam badan dan menukarkan sel normal menjadi malignan”.

Beliau turut menyatakan bahawa para doktor Serbia telah mula perasan akan peningkatan dalam kes-kes leukemia dan limfoma, tujuh tahun setelah pengeboman itu berlaku dan sejak itu juga mereka turut menemukan peningkatan dalam kes-kes penyakit onkologi, masalah kehamilan, masalah autoimun, kelainan mental pada kanak-kanak serta ketidaksuburan dalam kalangan orang lelaki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: