Tempatan

Lelaki Tayang Gari & Pistol Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2023 – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang menayangkan gari dan senjata api seperti dalam video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Bin Yahaya dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah menerima satu laporan polis berkaitan video tular di laman media sosial Telegram Edisi Siasat di pautan https://t.me/edisisiasatmy/4040 yang memaparkan seorang individu sedang memegang senjata api dengan kedua belah tangan bergari di dalam sebuah kenderaan.

“Pada 18/02/2023 jam lebih kurang 0105hrs, pihak polis telah berjaya menahan seorang individu warga tempatan berusia 46 tahun.”

BACA JUGA: Cuti Materniti Panjang Punca Perniagaan Cina Pilih Pekerja Lelaki

BACA JUGA: Mukaab, ‘Kaabah Hiburan’ Putera Mahkota Saudi Dikritik Ramai

BACA JUGA: Menteri Pendidikan Mohon Jangan Sebarkan Identiti Pelajar Rosakkan Harta Sekolah

“Hasil kejayaan tangkapan tersebut, pihak polis telah merampas (1) buah telefon bimbit jenis Vivo dan seutas jam tangan berjenama. Suspek telah direman selama (4) hari mulai 18/02/2023 hingga 21/02/2023 bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” tegas ACP Noor Dellhan mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: