Tempatan

Purata Harga Ayam Naik – Jabatan Perangkaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2023 – Purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022 (Januari 2023: RM10.30).

Manakala, purata harga di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.76 sekilogram berbanding RM8.94 sekilogram pada Februari 2022 (Januari 2023: RM9.70), melebihi paras harga kawalan yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu RM9.40.

BACA JUGA: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Buat Penjawat Awam Dibayar 17 April Ini

BACA JUGA: Kantin Sekolah: Dari Kecil Ajar Bukan Islam Tidak Hormat Umat Islam

BACA JUGA: Khemah Khas Di PPS, Beri Keselesaan Solat Fardu Dan Tarawih

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin dalam satu laporan yang dikeluarkan, subkumpulan daging yang merangkumi ayam, daging lembu, babi, kambing, kerbau dan itik telah mencatatkan peningkatan 9.0 peratus berbanding 8.3 peratus pada Januari 2023.

“Ayam merekodkan peningkatan 8.0 peratus berbanding 6,5 peratus pada bulan sebelumnya,” kata beliau lagi.

Selain itu, peningkatan pada subkumpulan ini turut didorong oleh peningkatan daging babi (31.8%) dan itik (10.5%).

Secara bulan ke bulan, daging segar meningkat sebanyak 0.5 peratus, disumbangkan oleh peningkatan daging babi yang mencatatkan kenaikan 2.4 peratus, diikuti oleh daging ayam dan daging itik masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus.

“Peningkatan dua digit daging babi yang berterusan semenjak Mei 2022 adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan susulan Demam Babi Afrika yang melanda beberapa negeri.”

“Bagaimanapun, daging lembu mencatatkan penurunan sebanyak negatif 0.1 peratus,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: