Antarabangsa

Beku Aset Iran, ICJ Arah AS Bayar Ganti Rugi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 31 MAC 2023 – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memberi arahan terhadap Amerika Syarikat (AS) untuk membayar ganti rugi kepada beberapa syarikat Iran setelah mahkamah memutuskan bahawa AS telah membekukan aset syarikat-syarikat tersebut secara tidak sah.

Namun mahkamah tertinggi bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut dikenali sebagai Mahkamah Dunia itu tidak menyatakan secara terperinci mengenai jumlah yang perlu dibayar oleg AS.

BACA JUGA: Ribut Perlis: Kerugian Hampir RM1 Juta

BACA JUGA: Isu ‘Ayam Tebuk’: Pastikan Aduan Sahih Dan Betul – JAIPk

BACA JUGA: Sabah Sarawak Berisiko Ribut Petir Sehingga Isnin Ini

Mahkamah tersebut pada Khamis lalu turut menyatakan bahawa jumlah ganti rugi yang perlu dibayar AS terhadap syarikat-syarikat Iran akan ditentukan di fasa seterusnya.

Walau bagaimanapun, tribunal di The Hague tersebut turut menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang bidang kuasa bagi aset-aset yang dibekukan dari Bank Pusat Iran yang kini dipegang oleh sebuah akaun Citibank di New York yang bernilai lebih daripada $1.75 bilion.

Kes tersebut pada awalnya telah dimulakan oleh Iran dalam melawan AS pada 2016 bagi tuduhan memungkiri sebuah perjanjian persahabatan 1995.

Pada sesi pendengaran yang diadakan pada tahun lalu, AS mempertikaikan bahawa kes tersebut sepatutnya ditolak kerana AS mendakwa Iran tidak jujur dan pembekuan aset-aset itu adalah kerana Iran telah dituduh dengan tuduhan membiayai terorisme.

Mahkamah pada Khamis lalu telah memutuskan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani lama sebelum berlakunya revolusi Iran pada 1979 itu adalah sah dan telah menolak hujah yang dibawa oleh AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: