Tempatan

Pengawal Keselamatan Maut Dilibas Pedang, R. Subramaniam Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGAI PETANI, 08 Ogos 2022 – Pengawal keselamatan, Ismail Ahmad, 58, yang parah ditetak dengan pedang samurai menghembuskan nafas terakhirnya semalam selepas bertarung nyawa selama empat hari.

Arwah yang dikejarkan ke hospital selepas cedera di kepala dan tangan kiri pada Khamis lalu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), lapor sebuah portal.

Jenazah mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan punca kematian mangsa akan diketahui selepas bedah siasat yang dijangka dilakukan dalam masa terdekat.

Dalam kejadian pada jam 4.40 petang Khamis lalu, arwah ditetak dengan pedang selepas menegur seorang lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya dalam kejadian di tapak projek perumahan di Bukit Banyan, Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, mangsa menyatakan kejadian berlaku ketika beliau sedang bertugas di pos pengawal di tapak projek tersebut.

“Dia kemudian ternampak seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di tapak projek lalu menegurnya.”

“Tidak lama kemudian datang tiga lelaki tidak dikenali dan mereka terus bertindak memukul dan menetak mangsa dengan parang,” kata Zaidy.

Susulan kejadian, pihak polis berjaya menahan dua suspek di kawasan Sungai Petani dan sedang memburu seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Laporan portal tempatan memaklumkan, semalam, seorang suspek lelaki, R Subramaniam, 41, mengaku bersalah mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan menggunakan sebilah pedang terhadap mangsa.

Bagaimanapun, kematian mangsa ini akan menyebabkan kes berkenaan kemungkinan bakal dipinda mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: