Tempatan

Polis Perancis Tahan Wanita Ucap ‘Assalamualaikum’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 17 Oktober 2023 – Polis Perancis bertindak menahan seorang wanita selepas jirannya membuat aduan apabila terdengar wanita tersebut mengucapkan ‘Assalamualaikum’ kepada beberapa pekerja di bangunan kediaman mereka.

Lapor sebuah portal berita Timur Tengah, wanita tersebut dilaporkan telah ditahan sementara sebelum dibebaskan.

Kata laporan tersebut, pegawai polis kehakiman mempertahankan tindakan mereka dengan menyatakan bahawa “dengan keadaan semasa,kami tidak boleh mengambil sebarang risiko.”

Difahamkan, keadaan semasa yang dinyatakan pegawai itu merujuk kepada pengeboman kejam Israel di Semenanjung Gaza serta pemindahan paksa ke atas lebih daripada dua juta penduduk Palestin yang tinggal di sana susulan operasi kumpulan pejuang Hamas ke atas wilayah yang dikuasai Israel pada hujung minggu lalu.

Keadaan itu telah membawa peningkatan ketegangan yang teruk antara individu dan pelbagai elemen sama ada melibatkan pro-Palestin atau pro-Israel dan pendudukannya.

Lapor berita sama, perkara tersebut dijangka akan mengakibatkan peningkatan dalam serangan atau Islamofobia susulan ketegangan yang berlaku seperti insiden melibatkan wanita yang ditahan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: