Antarabangsa

Warga Palestin Berhak Melawan Bagi Negara Berdaulat – Beijing

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 24 FEBRUARI 2024 – Penasihat undang-undang Kementerian luar China, Ma Xinmin telah menyatakan bahawa Beijing “berterusan menyokong keadilan buat warga Palestin dalam mengembalikan hak mereka yang sah”.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Xinmin sewaktu sesi pendengaran di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis lalu.

ICJ telah meneruskan prosedur bagi kes yang telah dibawa oleh Afrika Selatan, dengan mengadakan sesi pendengaran dari pelbagai buah negara serta tiga buah organisasi antarabangsa yang telah mempersoalkan tentang pencerobohan Israel terhadap wilayah Palestin.

Dalam sesi yang sama, Xinmin turut menyatakan bahawa dalam usaha untuk mendapatkan hak bagi menentukan keadaan mereka sendiri. Ujarnya lagi, penggunaan kekerasan oleh warga Palestin dalam menentang pencerobohan asing adalah hak yang sangat jelas.

Para perwakilan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Arab Saudi sebelum ini telahpun menuntut agar Israel menamatkan pencerobohan mereka di wilayah Palestin.

Wakil Jordan pula pada sesi pendengaran yang sama telah membuat penegasan bahawa Israel sedang menzalimi hak orang Islam dan orang Kristian daripada kebebasan untuk melakukan penyembahan dengan menghalang orang Islam daripada memasuki Masjid Al-Aqsa dan dengan tidak melindungi para paderi daripada serangan oleh para pelampau Israel. Ujarnya lagi,

“Ratusan warga Palestin sedang dibunuh setiap hari di Gaza dan di Tebing Barat kerana Israel sama sekali tidak dipertanggungjawabkan bagi jenayah perang serta pelanggaran undang-undang antarabangsa yang mereka lakukan…pencerobohan Israel ini, punca segala kejahatan, mesti berakhir.”

Manakala wakil Iraq pula telah menyifatkan Israel dengan “mesin pembunuh sistematik” dan menyeru agar ICJ menghentikan apa yang disifatkannya sebagai “pembunuhan beramai-ramai” itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: