Tempatan

Teks Khutbah Jumaat Perjelas Isu Akidah, Bendung Gejala Murtad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 – Teks khutbah Jumaat yang memperjelaskan pelbagai isu semasa mengenai akidah menjadi salah satu usaha bagi membendung gejala murtad yang berlaku dalam kalangan orang Islam.

Kenyataan sedemikian dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus memberikan tumpuan dalam usaha bagi memperkukuhkan akidah serta pegangan umat Islam.

BACA JUGA: Dugaan Ramadan, Masjid Ibnu Sina Terbakar

BACA JUGA: Pesta ‘Gayboy’: Batal Lesen Permis, Rosak Nama Tun Razak

BACA JUGA: Kuliah Agama Tak Boleh, Pesta ‘Gay Boy’ Bulan Ramadan Boleh Pula? – Yusuf Azmi

Bukan sahaja menerusi teks khutbah Jumaat, usaha bagi pengukuhan akidah ini juga akan melibatkan pembudayaan ilmu dan pentarbiahan yang komprehensif serta berkesan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta agensi yang berkaitan.

Malah, bagi membendung gejala murtad ini, pihak JAKIM turut melaksanakan program penerapan dan penghayatan nilai Islam kepada beberapa golongan sasar termasuklah anak yatim, orang kurang upaya (OKU) warga emas, penjawat awam serta swasta.

Menurut Mohd Na’im, antara faktor yang menyumbang kepada gejala murtad dalam kalangan orang Islam negara ini ialah pengaruh media massa yang menghidangkan budaya serta gaya hidup yang menjurus kepada gejala murtad.

“Faktor lain adalah kelemahan pegangan terhadap agama Islam yang disebabkan oleh kurang tarbiah, didikan dan asuhan daripada ibu bapa serta keluarga,” katanya.

Selain itu, terjebak dalam percintaan, perkahwinan serta penceraian turut menjadi faktor kepada berlakunya murtad dalam kalangan umat Islam di mana terdapat remaja yang terjebak dalam percintaan berlainan agama tanpa kawalan sehingga berlakunya murtad.

Sebelum ini samudera.my pernah melaporkan kes di mana seorang wanita Islam Malaysia yang memohon untuk murtad kerana tidak pernah mengucapkan syahadah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: